We did a couple of landscape, one for Perlis, and one for Penang so I have come out with a different approach on both designs.
Semasa Putrajaya Floria tempoh hari, OC dan geng telah mewakili Persatuan Orkid Perlis dan Pulau Pinang (FOMOS) untuk pertandingan Lanskap orkid. Sebenarnya mula-mula OC rasa 'seriau' jugak nak masuk bertanding. Bukan apa Putrajaya tu kan jauh, dah tu pulak tak pernah join pertandingan macam ni pun, selalunya tauke-tauke nurseri saja yang masuk. Nak buat rekaan lanskap tu memang OC boleh, tapi nak cari dan bawa barang tu yang tak 'konfiden'..Pertandingan ni pulak peringkat kebangsaan, wakil negeri tu..Tapi akhirnya dalam dok takut-takut tu siap jugak..
Kami buat dua lanskap, jadi OC buat dua lukisan untuk memudahkan kerja dan ini juga perlu dihantar untuk simpanan pihak Perbadanan Putrajaya.
This is the coloured drawing that I did for Perlis.
Inilah lanskap yang OC bayangkan untuk Perlis
We were given this barren space, approximately 4x4 metres to work with. Orchids we already have, so we have to find other materials..otherwise the work can't be done..
Hari mula-mula tu dapat la tanah kosong ni anggaran 4x4 meter untuk memulakan kerja, memang kalut, sebab apa kami ada pokok orkid saja, pokok lain, batu, sabut semua tak ada, nak kena cari, kalau tak memang tak boleh buat kerja..
First, we begin to unwrap hundreds of orchids
brought by bus that we hired and put it aside.
Apapun mula-mula kena bukak pokok-pokok orkid ni dulu
dan susun di tepi..
Lucky for us, after asking here and there, we found a nursery that provides garden plants and materials for hire, so more or less we got things that we needed. We have to work until night time..
Nasib baik la, tanya sana, tanya sini, dapat la satu nurseri yang kita boleh sewa pokok-pokoknya, Kalau nak beli, modal. dah la pakai duit sendiri dulu, lepas abis pokok-pokok tu nak letak mana? nak bawa balik bukannya dekat, kos lagi..Hari mula-mula tu kena kerja sampai malam..
We have to work very fast, to catch up with time, cause 4 of us we're doing 2 landscapes. This is the first, and it was already taking shape like the drawing, even though some without the plants that I originally wanted but we have to substitute it with other type plus bougainvilleas have to be added cause its the theme of Floria this year.
Apa pun memang kena buat kerja dengan cepat, sebab kami berempat kena buat 2 lanskap. Jadi ini yang pertama, dan dalam gambar ni dah hampir siap seperti yang digambarkan dalam lukisan, walaupun sebenarnya ada pokok yang terpaksa diganti dengan pokok lain..dalam setiap lanskap syaratnya mesti guna sedikit pokok bunga kertas sebab itu tema Floria tahun ni.
A view from the right side, I only use purple and white dendrobiums orchids only,
cause the aim is not to use to many colours.
OC hanya gunakan warna yang terhad untuk lanskap ni, ungu dan putih sahaja
sebab tak mahu nampak 'semak'
Another view from the left side..
Satu sudut pandangan yang lain
This is the finished landscape. After 'running here and there' finding materials.
Got a bit of tropical vibe in the design. Cause the use of palms and of course orchid!
Jadi inilah hasilnya, setelah 'berlari' ke sana sini cari bahan.
Rekaan ni ada banyak lah unsur tropika sebab OC guna pokok palma dan orkid semestinya!
____________________________________
The drawing that I did. In this one I wanted to use all white dendrobiums and
variegated ornamental to convey the white theme.
Ini lukisan yang OC buat juga. Untuk yang ini OC hanya guna dendrobium putih
dan pokok-pokok berdaun 'variegated' sahaja, sebab temanya berdasarkan warna tersebut.
Here, the landscape started to form with the large urn in the center.
Ni masa sedang mengatur pokok-pokok dan prop-prop..
Me and my friend doing the arrangements of the dendrobiums.
Ni OC dengan Omar sedang 'kalut' menyusun orkid..
dah lewat petang dah masa ni..malam OC kena balik Penang..
Almost done..clean up time!
Dah nak siap pun..nak kena 'clear' lah mana yang patut..
A view from one section of the landscape.
Gambar di satu sudut lanskap yang kita orang buat..
I'm using variegated ornamentals to emphasize on the white theme.
Ni lah antara pokok daun 'variegated' yang OC guna..
White dendrobiums and song of India plants encircling the base of the urn in the center,
with water lettuce and cyperus inside. Actually the cyperus plant was a substitute for the real fountain that I cannot find that day..lol..
Dendrobium putih dan pokok 'Song of India' diletakkan mengelilingi tempayan besar berisi air. Dalamnya OC letak pokok kiambang dengan Cyperus..kira pokok cyprus tu macam air pancut lah ha..ha.. sebab OC tak dapat cari yang sebenar.
The finished design, but actually I wanted to use topiary style white bougainvillea
instead of palms but it was not available..
Siap!, kalau ikut rekaan sebenar, OC nak guna pokok bunga kertas berbentuk 'topiari' tapi tak ada..
last -last terpaksa ganti dengan pokok palma..apa nak buat tu je yang ada..
And the end results is we didn't win anything..win or lose that is the way of any competition, but looking on the positive side, what I thought was impossibl, are done quite well despite some 'glitches' during the process. Anyway this is our first try with no experience and what judges expectation. Maybe both design are to simple for their taste, not dramatic enough, with less colourful and less variety of orchids used, unlike other competitor, they are more experienced and well equipped with props and everything not to mention the amount of people involved. Overall we enjoyed ourselves and its a good experience for us. Hopefully, given the opportunity, we can do better next time!
Keputusannya..kami tak menang apa pun..kalah menang adat bertanding, tapi dari aspek positifnya, apa yang OC ingat tak boleh buat, akhirnya menjadi juga walaupun ada dengan segala macam 'problem' semasa nak menyiapkan lanskap ni. Ini adalah cubaan sulung kami dalam pertandingan sebegini, dengan tak ada pengalaman dan tak tahu apa yang dimahukan oleh para hakim. OC dapat rasakan yang kedua-dua lanskap ni terlalu 'simple' sebab itu 'target' dan konsep OC, sebab nak bagi ada ruang dan nampak 'bersih'. Guna satu jenis orkid saja dan tak berwarna warni. Impak dramatiknya kurang lah. Macam pesaing yang lain mereka lebih berpengalaman masuk pertandingan sebegini, lengkap dengan 'prop' segala macam, tu tak kira lagi jumlah tenaga kerja yang ramai..nampaknya cara OC ini bukan 'taste' hakim la..Apa pun memang kami 'enjoy' buat kerja ni dan satu pengalaman yang baru dan baik untuk OC dan geng..harap-harap jika berpeluang lagi, kami boleh buat yang lagi baik!
Terima kasih kepada rakan rakan OC, Makarimi, Ibrahim dan Omar..tanpa mereka, semua ni tak akan menjadi kenyataan..Kami dah buat yang terdaya dengan sumber-sumber yang ada walaupun terhad sehinggalah semuanya selesai.
The artist is the confidant of nature, flowers carry on dialogues with him
through the graceful bending of their stems and the harmoniously tinted nuances of their blossoms.
Every flower has a cordial word which nature directs towards him.
- Auguste Rodin
No comments:
Post a Comment