Tuesday, August 16, 2011

Bulbophyllum graveolens


         Di antara semua spesis orkid, Bulbophyllum adalah yang terbanyak. Dianggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 2000 jenis dan mungkin ada lagi yang menunggu untuk ditemui..Oleh kerana jenisnya yang terlalu banyak dengan pelbagai bentuk dan saiz, genera ini telah dibahagikan kepada banyak seksyen..sebagai contoh seksyen Cirrhopetalum, Careyana, Corymbosa dan Biflorae..Setiap seksyen mempunyai  bunga atau pokok dengan ciri-ciri tertentu.

         Spesis ini memang popular dan ada penggemarnya kerana keunikan bunganya yang tersendiri. Ada peminat orkid yang menjadi pengumpul spesis ini sahaja. Kebanyakannya mempunyai bunga yang bersaiz kecil, namun ada beberapa spesis yang bersaiz besar. Salah satunya ialah..Bulbophyllum graveolens. Bulbophyllum dari seksyen Cirrhopetalum ini sememangnya membuatkan orang yang pertama kali melihat bunganya merasa kagum..walaupun baunya sedikit tak menyenangkan..

        Pokok ini tak susah hendak dijaga, di tempat saya pokoknya hidup subur..Kalau ada yang berminat, nak mendapatkannya agak mudah kerana ia spesis yang popular, namun bersedialah dengan duit di dalam poket, kerana harganya tidak murah..itupun baru anak pokok dengan ubi sebesar ibu jari tangan..Kalau yang besar jangan cakaplah, walaupun tak sampai ribu kut, tapi untuk orkid rabak jugak poket..Kalau ditanam kena dengan tempatnya pokoknya akan cepat membesar..




Pokoknya..


Nama lain untuk orkid ini ialah Cirrhopetalum robustum



 Bulbophyllum graveolens J.J. Sm. 1912 is native to the rainforests in New Guinea,



 
Seekor lalat hinggap pada bunga yang paling hujung di sebelah kanan yang tertarik dengan 'keharuman' bunga ini, 

This flower needs fly as its pollinator, no wonder about the foul smell. Noticed that the flowers look somehow like an open wound.. 



Saja saya letakkan tangan betul-betul di bawah bunga ini, Boleh buat perbandingan saiz bunganya tu..

My hand underneath the umbel, just for comparisons of how big the flower is.



"The nature of This Flower is to bloom."   
-  Alice Walker 




No comments:

Post a Comment