Monday, August 29, 2011

Orchid terms..



        Di kalangan peminat orkid sudah tentu kalau bersembang mesti ada perkataan berkenaan bahagian-bahagian pokok dan bunga orkid yang selalu kita sebut..masing-masing memang sudah faham dan kenal perkataan yang disebut tu..Tapi bagi mereka yang masih baru berjinak-jinak dengan dunia orkid ni ada beberapa perkataan asas yang mesti kita tahu..bukan apa, boleh guna masa bersembang nanti, nampak la pro sikit.. lagipun sebagai peminat orkid kita mesti tau istilah-istilah ini..

        As an orchid grower, it is helpful to carry knowledge about orchids so here are a few tips on terms to make you sound orchid savvy.


1. Column - the tiny, rounded, column-like extension between the two largest petals. The little guy is the central reproductive organ of the orchid flower..Kolum ialah bahagian berbentuk batang kecil terletak di bahagian tengah bunga. Ini adalah bahagian penting organ reproduktif bunga orkid.




2. Inflorescens- the flowering part of the plant. keseluruhan tangkai yang mengeluarkan bunga.



3. Keiki- a small plant growing from a node on the flower stem. Anak pokok yang tumbuh pada bahagian tengah atau atas batang orkid dan yang tumbuh pada tangkai bunga yang telah layu..




4. Lip - the part of the flower that is almost completely divided from the rest of the flower, however, it is connected by the column. The lip is specialized to aid in pollination. Bahagian di tengah bunga yang berbentuk corong yang 'terjuih' keluar dari bunga.. Fungsinya membantu proses pendebungaan..




5. Petal - the left and right 'wings' attached to the base of the column..Kelopak bunga orkid yang sebenar ada dua sahaja..iaitu yang berupa sepasang 'sayap' berada di kiri dan kanan pada bunga jika dilihat dari hadapan. 




6. Sepal - the outer segments on an orchid flower. Similar to petals, sepals are the three smaller segments of the flower that create a triangular shape. Tiga segmen di bahagian paling belakang bunga orkid yang menampakkan bentuk segitiga. selalunya warna dan corak kelihatan sama dengan petal.



7. Medium - the material added to an orchid's container, which can range from varieties such as soil to bark. Selalu kita sebut media, iaitu bahan perantara yang untuk pertumbuhan orkid di dalam pasu, contohnya arang atau sabut kelapa.




8. Pseudobulb - the pseudobulb is a storage organ derived from the part of a stem between two leaf nodes. Selalu kita sebut 'bulb' saja..ringkas sikit. Istilah dalam bahasanya ialah 'bebawang semu'. Bahagian ini adalah untuk orkid menyimpan air dan makanan.




9. Spike - a flower stalk. Tangkai bunga.




10. Throat - the inner portion of a tubular orchid lip, often quite colourful. Bahagian dalam lip orkid yang biasanya berwarna warni

 
          Kalau nak tahu secara ‘detail’ lagi boleh rujuk wikipedia atau buku. Ini adalah penerangan secara ringkas..sekadar untuk panduan umum bagi yang masih baru mengenal orkid..

         This ia a simple explanation of a basic words associated with orchids..For more detail and in-depth information you can refer to wikipedia or books..This is just for anyone who is still a beginner in the realm of orchids.



"Life is the flower for which love is the honey."
-  Victor Hugo 

No comments:

Post a Comment