Wednesday, August 3, 2011

Orchid and books

       Cerita pasal orkid dengan buku ni alkisahnya masa mula-mula saya menanam orkid secara serius ni. memang tak kenal sesiapa pun..sorang diri, ahli keluarga yang lain sorang pun tak minat, jiran pun sama..jadi mahu tak mahu saya carilah buku untuk buat rujukan sendiri..faham-faham saja la buku orkid ni harganya boleh rabak poket jugak..waktu mula-mula kerja ada la modal sikit, masa tu la saya sedang 'menggila' cari orkid..nak tanam tak berapa tau main agak-agak saja..dengan membaca dapatlah ilmu sedikit sebanyak..Sekarang memang dah banyak koleksi buku tentang orkid yang saya ada..kumpul sedikit demi sedikit..Biasa lah buku orkid kebanyakan berbentuk ensiklopedia atau panduan menanam orkid..
       Dalam banyak-banyak buku tu saya terjumpa dua novel berkisarkan tentang orkid..menarik juga tu..bukan senang nak jumpa novel bercerita tentang orkid, cerita tentang pengalaman dan pengembaraan yang saya kira menarik dan kadangkala mengejutkan..Siapa sangka di dalam dunia orkid yang saya kira bukanlah antara hidup dan mati terdapat banyak kisah yang tersendiri untuk diceritakan..Sesiapa yang rajin membaca boleh cari buku ini sebagai bacaan tambahan untuk mengenali sisi dunia orkid yang berbeza..


         Buku yang pertama ini berkisarkan tentang berbagai episod cerita dari kacamata penulis yang bukan peminat orkid..So setiap bab mempunyai cerita yang berbeza tetapi semuanya berdasarkan pengalaman penulis itu sendiri..
A true story behind all this obsession about orchids and life experiences..very entertaining.



Buku kedua ini juga berkisarkan tentang pengalaman penulis yang ironiknya juga bukan peminat orkid, tetapi lebih kepada rasa ingin tahu tentang kegilaan manusia terhadap orkid.
This is also a good read to people who wants to know different aspects of orchid , history, facts and figures in the orchid world.


Jumpa lagi di entry yang akan datang..



"So plant your own garden and decorate your own soul, 
instead of waiting for someone to bring you flowers."
-  Author unknown

No comments:

Post a Comment